Sunday 28 June 2015

APA ITU PERPUSTAKAAN DESA?


-DEFINISI PERPUSTAKAAN DESA-

Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan yang ditubuhkan di kampung atau penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti FELDA, FELCRA, Penempatan Orang Asli , Penempatan Ladang dan kampung baru.


-OBJEKTIF PERPUSTAKAAN DESA-

1. Memberi perkhidmatan perpustakaan secara percuma dan menyediakan sumber maklumat dalam pelbagai bidang perkara dan bentuk media bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

2. Menyedia dan memberi akses pelbagai bentuk sumber maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pembangunan diri, kemajuan sosial dan ekonomi masyarakat.

3. Memanfaatkan masyarakat setempat dan dapat menggalakkan budaya membacaserta menangani jurang ilmu dan digital di kalangan masyarakat

Menggalakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.

4.Berperanan sebagai satu tempat perjumpaan orang ramai untuk aktiviti sosial ke arah mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli masyarakat.

5. Menyokong pembangunan kebudayaan dan kesenian tempatan.



-VISI PERPUSTAKAAN DESA-
Berperanan sebagai agen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada pemantapan budaya membaca.


-MISI PERPUSTAKAAN DESA-

Menyediakan kemudahan akses maklumat kepada pengguna.

Memastikan kesamarataan akses bahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti galakan membaca yang dianjurkan.


Perpustakaan Desa Kg. Pasir Gembur, Tanjung Bidara.